
Skim Bantuan kepada Badan/ Pertubuhan
Jabatan/ Agensi: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
Bantuan ini khusus untuk badan-badan kerajaan atau bukan kerajaan bagi menganjurkan apa-apa aktiviti untuk manfaat kepada rakyat Kelantan.
- Pemohon hendaklah terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon peranakan Kelantan.
- Beragama Islam.
- Aktiviti tersebut mestilah tidak terkeluar dari hokum syara’.
- Antara aktiviti yang tidak dapat dipertimbangkan adalah seperti sukaneka/ sukan, lawatan, Hari Keluarga ataupun sebarang aktiviti yang berunsurkan hiburan yang tidak berfaedah.
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang di bawah.



