
Skim Bantuan Al-It’aam
Jabatan/ Agensi: Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB)
Skim Al-It’aam merupakan inisiatif kebajikan Kerajaan Negeri yang telah dirasmikan pada Februari 2011 bagi membantu golongan yang layak melalui penyediaan bantuan makanan asas secara berterusan.
Pada peringkat awal, skim ini memberi manfaat kepada seramai 100 orang penerima bagi setiap DUN di seluruh 45 DUN sebelum ditingkatkan kepada 250 orang penerima bagi setiap DUN selaras dengan peningkatan keperluan semasa.
Bantuan utama yang disalurkan ialah beras seberat 10 kilogram setiap bulan, dengan peruntukan kewangan skim ini turut meningkat daripada RM1.5 juta pada tahun 2011 kepada RM5.0 juta pada tahun 2018.
Bermula tahun 2012, bantuan kurma turut disalurkan kepada penerima pada setiap bulan Ramadan, dan pada tahun 2017 kerajaan negeri meluluskan penambahan item bantuan iaitu minyak masak serta gula seberat 1 kilogram bagi pembekalan bermula tahun 2018.
Sehingga kini, Skim Al-It’aam masih diteruskan pelaksanaannya dan berlangsung di beberapa DUN sebagai usaha berterusan menjaga kebajikan rakyat.
Skim Al-It’aam memberi manfaat kepada golongan yang layak dengan meringankan beban kos sara hidup melalui pemberian beras setiap bulan, tambahan kurma sempena Ramadan, serta minyak masak dan gula.
Bantuan ini memastikan keperluan makanan asas penerima terjamin, menyokong kebajikan golongan memerlukan, dan menyumbang kepada kesejahteraan serta kestabilan hidup mereka, sekaligus memperkukuh jaringan keselamatan sosial negeri.
Waran Dikeluarkan oleh PPN kepda PTJ bagi tempoh 3 bulan sekali.
L.O Dikeluarkan oleh PTJ kepada KPKB pada setiap bulan/ Pejabat DUN (tuntutan majlis).
Setelah LO dikeluarkan, pihak KPKB akan membuat penghantaran.
KPKB akan memaklumkan kepada pembekal untuk persediaan penghantaran.
Penghantaran Beras Pihak KPKB akan menghantar beras 10kg ST10%, minyak masak dan gula.
Tuntutan Proses tuntutan beras melibatkan KPKB- PTJ.
Proses tuntutan majlis melibatkan Pejabat DUN- PTJ.
Invois akan dikeluarkan setelah selesai penghantaran dan tuntutan akan dibuat.
Penerimaan Tuntutan 2-3 minggu selepas penghantaran tuntutan ke PTJ.
Jika tidak menerima bayaran PTJ akan menyemak di PTJ.
Untuk maklumat lanjut boleh layari facebook dan laman sesawang Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) di bawah.
FB Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB)
https://www.facebook.com/kpkbpage/
Portal Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB)
kpkb.com.my/
Sejak dilancarkan pada 2011, Skim Al-It’aam telah berjaya menambah bilangan penerima daripada 100 kepada 250 orang bagi setiap DUN, meningkatkan peruntukan daripada RM1.5 juta kepada RM5.0 juta, menyalurkan bantuan beras setiap bulan, kurma sempena Ramadan, serta minyak masak dan gula.
Sehingga kini, skim ini masih diteruskan di beberapa DUN, menandakan kejayaan dan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan rakyat.



