Accessibility Tools

Skip to main content

Skim Biasiswa Sekolah Menengah

Jabatan/ Agensi: Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN)


Bertujuan untuk memberi pembiayaan pendidikan kepada pelajar yang layak tetapi tidak berkemampuan untuk mengikuti pengajian di peringkat sekolah menengah.

  • Tingkatan 1- 5: RM840 setahun atau RM70 sebulan
  • Tingkatan 6: RM1OO sebulan
  1. Borang permohonan diedar ke sekolah sekolah.
  2. Warganegara Malaysia peranakan Kelantan dan bermaustautin di negeri Kelantan.
  3. Pelajar tingkatan 1 hingga 6 (Sijil Tinggi Agama-STAM) bagi sekolah- sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan semua sekolah kerajaan bagi tingkatan 1 hingga 5.
  4. Tidak termasuk sekolah sekolah berasrama penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Kolej Vokasional.
  5. Pelajar-pelajar hendaklah mendapat sekurang-kurangnya Band 4 ke atas atau setaraf 2A dalam mana- mana mata pelajaran bagi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)/ Peperiksaan Akhir Tahun, serta pencapaian yang baik dalam kokurikulum berdasarkan tahun semasa yang disahkan oleh pihak sekolah.
  6. Jumlah pendapatan kasar tanggungan ibu bapa/ penjaga mestilah tidak melebihi RM 1,500.00 perkapita sebulan.
  7. Pelajar-pelajar yang sedang dibiayai oleh penaja lain tidak layak untuk memohon.
  8. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang yakin.kelantan.gov.my/

Bermula tahun 1981 sehingga 2024: RM 29.203, 946.OO