
Skim Bantuan Gerbang Az-Ziwaaj
Jabatan/ Agensi: Urus Setia Belia dan Sukan Negeri Kelantan (U-BeS)
- Mula diperkenalkan pada tahun 2011
- Bertujuan membantu golongan belia yang berpendapatan rendah untuk berkahwin
Bantuan perkahwinan RM1,000 bagi pasangan yang ingin berkahwin (mengikut syarat dan kelayakan)
Syarat Permohonan:
- Hanya pemohon lelaki & warganegara Malaysia
- Dilahirkan di Kelantan (no. k/p 03 @ 29, atau dapat membuktikan telah bermastautin di Kelantan melebihi 15 tahun
- Perkahwinan kali pertama sahaja
- Pendapatan bulanan pemohon mestilah tidak melebihi RM 2000.00 sebulan
- Permohonan mestilah dihantar sebelum tarikh perkahwinan
Cara Permohonan:
- Isi maklumat pemohon dan pasangan dengan lengkap
- Muat turun dan cetak borang permohonan untuk dapatkan pengesahan penghulu dan imam mukim
- Muat naik borang permohonan beserta dengan beberapa dokumen yang diminta
- Permohon perlu membuat pengakuan bahawa semua butiran yang diberikan adalah benar
- Tekan butang 'Hantar Permohonan' bagi melengkapkan proses permohonan
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang di bawah.
Bermula tahun 2011 sehingga 2024:
- 29,336 penerima
(RM 29.34 juta)