Accessibility Tools

Skip to main content

Perkhidmatan Wakaf Katil

Jabatan/ Agensi: Urus Setia Pembangunan Kebajikan, Keluarga Dan Wanita Negeri Kelantan


Bantuan katil hospital kepada pesakit terlantar di DUN

  • Pemohon akan menerima sebuah katil hospital yang diwakafkan untuk kegunaan pesakit terlantar.

  • Pemohonan/ waris perlu memulangkan semula katil ini apabila sudah tidak digunakan lagi kepada pihak PKD.

Prosedur Permohonan Wakaf Katil Hospital & Kerusi Roda (Jenis Biasa)

  1. Pemohonan adalah melalui Pusat Khidmat Dun seluruh negeri Kelantan
  2. Wakil Pusat Khidmat Dun akan membuat siasatan ke atas permohonan (diluluskan atau tidak)
  3. Pusat Khidmat Dun membuat serahan katil setelah mendapat kelulusan dan kekosongan pada penggunaan katil tersebut
  4. Dokumentasi akan dilengkapkan melalui borang yang telah disediakan

Nota: Sekiranya katil di Pusat Khidmat Dun tidak mencukupi, pihak PKD akan memohon kepada pihak EXCO Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita

Dapatkan borang di Pejabat Pusat Khidmat Dun seluruh negeri Kelantan

Tahun Dilaksanakan dan Bil. Penerima:

  1. 2016-2023: 430 buah katil
  2. 2024 : 28 buah katil

Peruntukan Keseluruhan Ikut Tahun:

  1. 2016-2023: RM 378 ribu
  2. 2024: RM24,640.00