Accessibility Tools

Skip to main content

Skim Takaful Rahmah

Jabatan/ Agensi: Urus Setia Pembangunan Kebajikan, Keluarga Dan Wanita Negeri Kelantan


Merupakan Caruman Skim Takaful Rahmah kepada orang terlantar yang berusia dibawah 55 tahun.

  • Wasi OKU yang berdaftar akan menerima bantuan kewangan tunai sebanyak RM1000.00

Syarat Permohonan:

  1. Orang Kelainan Upaya Negeri Kelantan atau yang bermastautin di Kelantan
  2. Orang Kelainan Upaya terlantar atau yang memerlukan penjagaan sepenuh masa yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
  3. Berumur 54 tahun ke bawah pada tahun yang didaftarkan

Kaedah Permohonan:

  1. Permohonan secara manual dengan mengisi Borang Permohonan dengan dokumen sokongan yang lengkap melalui Pejabat Pusat Khidmat DUN masing-masing.
  2. Menghantar permohonan beserta dokumen sokongan seperti berikut ;-
    1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
    2. Salinan Kad OKU
    3. Salinan Kad Pengenalan Penjaga
    4. Surat Pengesahan Doktor
  • Dapatkan borang di Pejabat U-Kekwa : 09-747 6568

Tahun Dilaksanakan dan Bil. Penerima:

  • Dari 2016 sehingga 2024, 58 orang penerima telah menerima manfaat skim ini daripada 382 yang didaftarkan.

**Bagi yang umur 55 tahun keatas akan dimasukkan dalam Skim Takaful Kifaalah

Peruntukan Keseluruhan Ikut Tahun:

  • 2016 – 2022 : RM39 ribu
  • 2023: RM 14 ribu
  • 2024 : RM5 ribu

(Bantuan RM1000 akan diberikan kepada wasi yang berdaftar)