Accessibility Tools

Skip to main content

Bantuan Orang Kurang Upaya (Ma'aruf)

Jabatan/ Agensi: Urus Setia Pembangunan Kebajikan, Keluarga Dan Wanita Negeri Kelantan


  • Merupakan Bantuan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengalami ketidakupayaan dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria sama ada dalam bentuk bantuan kewangan atau peralatan sokongan seperti anggota palsu, kerusi roda dan seumpamanya.
  • Pemohon OKU yang layak akan menerima bantuan kewangan tunai sebanyak RM300.00 atau peralatan sokongan.

Syarat Permohonan:

  1. Orang Kelainan Upaya Negeri Kelantan atau yang bermastautin di Kelantan
  2. Pendapatan isi rumah bawah RM1700

Kaedah Permohonan:

  1. Permohonan secara manual dengan mengisi Borang Permohonan dengan dokumen sokongan yang lengkap melalui Pejabat Pusat Khidmat DUN masing-masing.
  2. Menghantar permohonan beserta dokumen sokongan seperti berikut ;-
    1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
    2. Salinan Kad OKU
    3. Salinan Kad Pengenalan Penjaga
    4. Salinan Kad Pengenalan Tanggungan
    5. Sebut Harga Peralatan (bagi permohonan peralatan sokongan)
  • Dapatkan borang di Pejabat Pusat Khidmat DUN masing-masing.
  • Dapatkan borang di Pejabat U-Kekwa : 09-747 6568

Tahun Dilaksanakan dan Bil. Penerima:

  • Dari 2016 - 2024, seramai 9,424 penerima menerima manfaat skim ini dalam bentuk kewangan manakala seramai 135 penerima menerima bantuan dalam bentuk peralatan seperti kaki palsu, kerusi roda dan sebagainya.

  • 2024: 1,350 penerima berjumlah RM405,000.00

Peruntukan Keseluruhan Ikut Tahun:

  • 2016: RM500 ribu
  • 2017: RM500 ribu
  • 2018: RM500 ribu
  • 2019: RM500 ribu
  • 2020: RM500 ribu
  • 2021: RM500 ribu
  • 2022: RM500 ribu
  • 2023: RM500 ribu
  • 2024: RM500 ribu