
Skim Bantuan Ad-Hoc Armalah
Jabatan/ Agensi: Urus Setia Pembangunan Kebajikan, Keluarga Dan Wanita Negeri Kelantan
Sumbangan secara one-off kepada golongan Armalah (ibu tunggal) sama ada dalam bentuk kewangan atau bantuan sosio-ekonomi
- Bantuan Kewangan Armalah merupakan bantuan one-off kewangan kepada armalah yang berdaftar dan layak. Bantuan ini diberikan dalam bentuk wang tunai bermula dengan kadar sebanyak RM100.
- Bantuan Sosio Ekonomi Armalah merupakan bantuan one-off niaga kepada armalah yang berdaftar dan layak. Bantuan ini diberikan dalam bentuk peralatan perniagaan atau modal tambahan bertujuan memulakan/ mengembangkan perniagaan sebanyak maksimum RM20,000 setiap DUN.
Syarat Permohonan Adhoc Kewangan:
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Kelantan
- Armalah yang kematian suami atau bercerai
- Armalah yang berdaftar
Kaedah Permohonan:
- Permohonan secara manual dengan mengisi Borang Permohonan dengan dokumen sokongan yang lengkap melalui Pejabat Pusat Khidmat DUN masing-masing.
- Menghantar permohonan beserta dokumen sokongan seperti berikut;-
- Salinan Kad Pengenalan Armalah
- Salinan Sijil Kematian Suami/ Cerai
Syarat Permohonan Adhoc Sosio-Ekonomi
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Kelantan
- Armalah yang kematian suami atau bercerai
- Armalah yang menjalankan perniagaan
Kaedah Permohonan:
- Permohonan secara manual dengan mengisi Borang Permohonan dengan dokumen sokongan yang lengkap melalui Pejabat Pusat Khidmat DUN masing-masing.
- Menghantar permohonan beserta dokumen sokongan seperti berikut;-
- Salinan Kad Pengenalan Armalah
- Sebut Harga Peralatan
Dapatkan borang di Pejabat Pusat Khidmat DUN masing-masing.
- Dari 2014 - 2024, seramai 324,561 penerima menerima manfaat skim ini secara one-off dalam bentuk kewangan dan peralatan bagi memulakan perniagaan
- 2024: 29,543 penerima berjumlah RM5,400,000.00