Accessibility Tools

Skip to main content

Skim Anak Yatim (SPY) (Diraasah)

Jabatan/ Agensi: Urus Setia Pembangunan Kebajikan, Keluarga Dan Wanita Negeri Kelantan


Merupakan bantuan pendidikan kepada anak yatim.

Pemohon akan menerima sumbangan kewangan bermula dengan kadar sebanyak RM100.

Syarat Permohonan:

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Kelantan
  2. Anak Yatim yang masih di bawah tanggungan keluarga/ penjaga (umur 7 hingga 25 tahun)
  3. Anak yatim yang berdaftar dengan Pejabat Pusat Khidmat DUN

Kaedah Permohonan:

  1. Permohonan secara manual dengan mengisi Borang Permohonan dengan dokumen sokongan yang lengkap melalui Pejabat Pusat Khidmat DUN masing-masing.
  2. Menghantar permohonan beserta dokumen sokongan seperti berikut ;-
    1. Salinan Sijil Kematian/ Cerai
    2. Salinan Kad Pengenalan Pemohon

Dapatkan borang di Pejabat Pusat Khidmat DUN masing-masing.

  • Dari 2014 - 2024, seramai 78,695 penerima menerima manfaat skim ini
  • 2024: 4,882 penerima berjumlah RM900,000.00