Accessibility Tools

Skip to main content

Skim Khairat Armalah (SKA)

Jabatan/ Agensi: Urus Setia Pembangunan Kebajikan, Keluarga Dan Wanita Negeri Kelantan


Merupakan bantuan kewangan kepada wasi/ waris Armalah (ibu tunggal) setelah Armalah itu meninggal dunia.

  • Pemohon (waris kepada armalah (ibu tunggal) yang meninggal dunia) akan menerima sumbangan kewangan bernilai antara RM300.00-RM1,500.00 (bergantung kepada bilangan tanggungan)

  • Setiap pemohon mendapat RM300 dan RM150 bagi setiap anak armalah (ibu tunggal) yang meninggal dunia) (maksimum 8 orang anak yang masih bersekolah)

Syarat Permohonan:

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Kelantan.
  2. Armalah tidak berdaftar Skim Khairat Kifaalah jika berumur lebih 55 tahun.
  3. Kematian armalah dalam tempoh setahun
  4. Dengan pertimbangan dan kelulusan Exco (kes-kes tertentu)

Kaedah Permohonan:

  1. Permohonan secara manual dengan mengisi Borang Permohonan dengan dokumen sokongan yang lengkap melalui Pejabat Pusat Khidmat DUN masing-masing.
  2. Permohonan bantuan boleh dibuat dalam tempoh setahun dari tarikh kematian.
  3. Menghantar permohonan beserta dokumen sokongan seperti berikut ;-
    1. Salinan Sijil Kematian
    2. Salinan Kad Pengenalan Anak/ waris
    3. Salinan Kad Pengenalan Tanggungan (Anak-anak) 

Dapatkan borang di Pejabat Pusat Khidmat DUN masing-masing

Tahun Dilaksanakan dan Bil. Penerima:

  • Dari 2014 - 2024, seramai 404 wasi/ waris menerima manfaat skim ini
  • 2024: 49 penerima berjumlah RM22,800.00

Peruntukan Keseluruhan Ikut Tahun:

  1. Bantuan Kewangan Armalah dan Anak Yatim:
    • 2014 : RM4.5 juta
    • 2015 : RM4.5 juta
    • 2016 :RM5 juta
    • 2017-2022: RM 6 juta
    • 2023: RM 6.75 juta
    • 2024: RM 6.75 juta