
Skim Manfaat Armalah (SMA)
Jabatan/ Agensi: Urus Setia Pembangunan Kebajikan, Keluarga Dan Wanita Negeri Kelantan
Merupakan bantuan kewangan kepada Armalah (ibu tunggal) miskin yang kematian suami
- Pemohon (armalah yang kematian suami) akan menerima sumbangan kewangan bernilai antara RM300.00-RM1,500.00 (bergantung kepada bilangan tanggungan).
- Setiap pemohon mendapat RM300 dan RM150 bagi setiap anak (maksimum 8 orang anak yang masih bersekolah).
Syarat Permohonan:
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Kelantan
- Suami tidak berdaftar Skim Khairat Kifaalah jika berumur lebih 55 tahun
- Kematian suami/ perceraian dalam tempoh setahun
- Dengan pertimbangan dan kelulusan Exco (kes-kes tertentu)
Kaedah Permohonan:
- Permohonan secara manual dengan mengisi Borang Permohonan dengan dokumen sokongan yang lengkap melalui Pejabat Pusat Khidmat DUN masing-masing.
- Permohonan bantuan boleh dibuat dalam tempoh setahun dari tarikh kematian suami atau perceraian.
- Menghantar permohonan beserta dokumen sokongan seperti berikut ;-
- Salinan Sijil Kematian/ Cerai
- Salinan Kad Pengenalan Isteri
- Salinan Kad Pengenalan Tanggungan (Anak-anak)
Dapatkan borang di Pejabat Khidmat DUN (PKD)
Tahun Dilaksanakan dan Bil. Penerima:
- Dari 2014 - 2024, seramai 6,495 penerima menerima manfaat skim ini
- 2024: 738 penerima berjumlah RM427,200.00
Peruntukan Keseluruhan Ikut Tahun:
- Bantuan Kewangan Armalah dan Anak Yatim:
- 2014 : RM4.5 juta
- 2015 : RM4.5 juta
- 2016 :RM5 juta
- 2017-2022: RM 6 juta
- 2023: RM 6.75 juta
- 2024: RM 6.75 juta