Accessibility Tools

Skip to main content

Bantuan Pesakit Kanser Payudara

Jabatan/ Agensi: Urus Setia Pembangunan Kebajikan, Keluarga Dan Wanita Negeri Kelantan


Bantuan khas kepada pesakit yang disahkan menghidap kanser payudara oleh pihak hospital

  • 2024 : wang tunai RM 500 seorang & minyak kelapa dara
  • 2025 : wang tunai RM 1,000.00 seorang

Syarat Kelayakan:

  1. Warganegara Malaysia bermastautin di Negeri Kelantan.
  2. Pesakit yang disahkan menghidap kanser payudara oleh pihak hospital.
  3. Masih menjalani rawatan kanser di hospital yang diperakui kerajaan.
  4. Bukan daripada penerima Bantuan Kanser Payudara 2024.
  5. Pendapatan isi rumah kurang dari RM 5,000.00 sebulan.
  6. Dokumen sokongan yang diperlukan:
    1. Salinan kad pengenalan pemohon.
    2. Salinan surat pengesahan sebagai pesakit kanser payudara dari pihak hospital.
    3. Salinan penyata gaji pemohon dan pasangan yang disahkan.
  7. Borang permohonan mestilah disahkan oleh Penghulu Mukim dan ADN.
  • Dapatkan borang di Pejabat Pusat Khidmat Dun (PKD) seluruh negeri Kelantan
  • Dapatkan borang di Kaunter 10, Aras 2, UTC Cawangan Kelantan

Tahun Dilaksanakan dan Bil. Penerima:

  • 2024 : 357 orang x RM 500.00 dan RM50 (Minyak Kelapa Dara)
  • 2025 : 225 orang x RM 1,000.00

Peruntukan Keseluruhan Ikut Tahun:

  • 2024 : RM196,350.00
  • 2025 : RM 225,000.00