Accessibility Tools

Skip to main content

Tajaan Kursus Asas Permata

Jabatan/ Agensi: Urus Setia Pembangunan Kebajikan, Keluarga Dan Wanita Negeri Kelantan


  • Tajaan Kursus Asas Permata adalah kursus yang ditaja oleh Kerajaan Negeri Kelantan kepada pengasuh taska.
  • Tujuan utama tajaan kursus ini adalah supaya pengasuh taska di negeri Kelantan dapat berkhidmat dengan kredibiliti dan kemahiran dalam bidang Asas dan Pendidikan Awal Kanak-kanak.

Pemohon akan menerima tajaan sepenuhnya bagi menyertai Kursus Asas Permata dan mendapat sijil yang dikeluarkan secara rasmi oleh JKM dan akan menjadikan pengasuh tersebut diiktiraf oleh JKM.

Syarat Permohonan:

  1. Mendapatkan sijil Kursus Asas Permata yang dikeluarkan oleh JKM untuk melayakkan diri membuka Taska di Rumah dan menjadi pengasuh di Taska Swasta.
  2. Bercita-cita mengembangkan kerjaya pengasuh di rumah kepada Taska di Rumah.
  3. Telah mempunyai anak asuhan seramai 3 orang ke atas tidak termasuk anak dan cucu sendiri.

Dipilih dari penerima Skim Halimatul Saadiah 2024

Tahun Dilaksanakan dan Bil. Penerima:

  • 2024 : 120 orang (tajaan RM1,150 setiap peserta)
  • 2025 : 40 orang (tajaan RM1,150 setiap peserta)

Peruntukan Keseluruhan Ikut Tahun:

  • 2024 : RM138,000.00
  • 2025: RM 50,000.00