Accessibility Tools

Skip to main content

Skim Halimatul Saadiah

Jabatan/ Agensi: Urus Setia Pembangunan Kebajikan, Keluarga Dan Wanita Negeri Kelantan


Skim ini merangkumi latihan dan kursus pengasuh iaitu Kursus Halimatul Saadiah dan sumbangan one-off berbentuk kewangan dan barangan kepada pengasuh kanak-kanak di rumah.

  • Pemohon akan menghadiri 2 kursus sebelum ditapis mengikut syarat ditetapkan untuk lawatan Skim Halimatul Saadiah.
  • Jika layak penerima akan menerima sumbangan kewangan secara one-off bernilai RM 1000.00 seorang dan saguhati bagi yang terpilih sebanyak RM 700.00.

Syarat Permohonan:

  1. Warganegara Malaysia dan bermaustautin di Kelantan
  2. Berumur 25 tahun ke atas
  3. Mengasuh sekurang-kurangnya 2 orang bayi atau kanak-kanak di rumah (anak atau cucu sendiri tidak diambil kira)
  4. Mempunyai pengalaman mengasuh sekurang-kurangnya 1 tahun
  5. Berminat untuk terus menjadi pengasuh di rumah

Tidak dibuka untuk tahun 2025

Tahun Dilaksanakan dan Bil. Penerima:

  • 2015 = 78 orang (Latihan & kursus)
  • 2016 = 117 orang (Latihan & kursus)
  • 2019
    • 104 orang (Latihan & Kursus)
    • 18 orang (penerima skim)
  • 2021 = 304 orang (Latihan & penerima skim)
  • 2024 = 142 orang
    • 91 orang peserta kursus sahaja
    • 51 orang peserta kursus dan penerima skim

Peruntukan Keseluruhan Ikut Tahun:

  • 2019 = RM 9,000.00
    • (RM500 X 18 orang)
  • 2021 = RM 97,280.00
  • 2024 = RM 105,550.45