
Skim Cakna Aulad
Jabatan/ Agensi: Urus Setia Pembangunan Kebajikan, Keluarga Dan Wanita Negeri Kelantan
- Skim ini merupakan sumbangan kewangan kepada bayi dan ibu yang baru bersalin di negeri Kelantan sebagai tanda penghargaan daripada Kerajaaan Negeri.
- Bermula tahun 2024, sumbangan kewangan ini ditukar konsep kepada Tabungan Manjaku untuk anak kelahiran Kelantan yang merupakan tabungan dalam akaun dinar dan dirham dibawah Kelantan Gold Trade.
Penerima akan menerima Tabungan Dirham atau Dinar bernilai RM 100.00 seorang.
Syarat Permohonan:
- Bayi yang dilahirkan di Kelantan bermula 1 Julai 2024 hingga 31 Disember 2024 (Fasa 1) dan 1 Januari 2025 hingga 30 Jun 2025 SAHAJA dan Warganegara Malaysia.
- WAJIB lampirkan bersama Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa, Salinan Mykid/ Sijil Kelahiran/ Surat Pengesahan Hospital.
- Tarikh tutup permohonan bagi fasa 1 adalah pada 27 MAC 2025. Tarikh permohonan fasa 2 akan dimaklumkan selepas bulan Jun 2025.
- Borang yang tidak lengkap atau maklumat yang meragukan tidak akan diproses.
- Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Pembangunan Keluarga di talian 013-9836915.
- Permohonan untuk Skim Cakna Aulad fasa 1 : https://forms.gle/3JapGaTfetJSRNxc7
- Tarikh tutup permohonan bagi fasa 1 adalah pada 27 MAC 2025.
Tahun Dilaksanakan dan Bil. Penerima:
- 2019 : 2700 orang
- 2020 : 1350 orang
- 2022 : 2655 orang
- 2024 : 2250 orang
- 2025 : 1500 orang (fasa 1 dan fasa 2)
Peruntukan Keseluruhan Ikut Tahun:
- 2019 : RM 135,000.00
- 2020 : RM 67,500.00
- 2022 : RM 265,500.00
- 2024: RM225,000.00
- 2025 : RM 150,000.00