
Skim Khairat Kifaalah
Jabatan/ Agensi: Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan
Skim Khairat Kifaalah Negeri Kelantan adalah inisiatif kebajikan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan pada Februari 2007.
Skim ini menawarkan khairat kematian percuma kepada rakyat Kelantan yang berumur 55 tahun ke atas, berpendapatan isi rumah kurang daripada RM4,000, dan berdaftar sebagai pengundi di Kelantan.
Warga emas di Kelantan sentiasa mendapat perhatian khusus daripada Kerajaan Negeri. Dengan adanya skim ini dapat meringankan beban keluarga yang kehilangan ahli keluarga yang meninggal (warga emas) yang memenuhi syarat dan mendaftar dengan skim ini.
RM 1,000.00
Untuk mendaftar sebagai peserta, individu perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
- Berumur 55 tahun dan ke atas.
- Berdaftar sebagai pengundi di Kelantan.
- Pendapatan isi rumah kurang daripada RM 4,000.
- Menamakan dua orang wasi daripada waris terdekat.
Mereka yang berminat untuk mendaftar boleh melaksanakan pendaftaran melalui dua kaedah iaitu:
- Daftar online secara sendiri.
- Hadir ke pejabat Dewan Undangan Negeri/Penyelia DUN masing-masing untuk mendaftar.
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang https://ekifaalah.kelantan.gov.my/
- Dari tahun 2007 sehingga 2024, bilangan pendaftaran adalah seramai 217,101 peserta.
- Bagi tuntutan kes kematian adalah sebanyak RM120,661,000.00 melibatkan seramai 82,607 penerima.