
Tabung Serambi Mekah
Jabatan/ Agensi: Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan
Tabung ini ditubuhkan pada awal bulan Disember 1990 yang merupakan sebuah inisiatif kebajikan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
Ia berfungsi sebagai mekanisme untuk menyalurkan bantuan kepada individu dan keluarga yang memerlukan, terutama mereka yang terjejas akibat bencana seperti kebakaran
- Kebakaran : maksimum RM2,000.00
- Ribut : maksimum RM500.00
- Banjir : Keperluan Asas
- Rawatan Perubatan : maksimum RM500.00 Keutamaan bagi pesakit jantung
- Baiki rumah : maksimum RM5,000.00
- Golongan Miskin & Daif
- Ditimpa malapetaka
- Bencana alam
- Penyakit- penyakit kronik
Pemohon hendaklah mendapatkan borang permohonan daripada Pejabat Khidmat DUN atau Pejabat Tanah dan Jajahan atau Pejabat Penggawa.
Dari tahun 2017 sehingga 2024:
- Kebakaran: 1,109 kes (RM 1,065,290.00)
- Ribut: 4,922 kes (RM 1,607,600.00)
- Rawatan Perubatan: 527 kes (RM 232,030.00)
- Kelulusan khas YAB MB: 1,158 kes (RM 10,215,315.00)