
Kebenaran Pungutan Khairat/ Derma
Jabatan/ Agensi: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
Kebenaran bagi memungut derma di Negeri Kelantan.
- Mengisi borang permohonan kebenaran memungut derma khairat dengan lengkap
- Senarai Jawatankuasa Lembaga Pengelola (termasuk no kad pengenalan, alamat dan pekerjaan)
- Senarai nama-nama orang yang akan memungut derma (termasuk no kad pengenalan, alamat dan pekerjaan)
- Dua keping gambar berukuran passport setiap pemungut derma
- Sesalinan fotostat kad pengenalan setiap pemungut derma
- Kertas kerja projek
- Surat pengesahan tanah wakaf atau kebenaran pihak berkuasa berkenaan (sekiranya tanah adalah hak milik orang lain untuk diwakafkan perlu ada surat penyerahan yang telah dicop duti setem dan salinan geran tanah)
- Sesalinan fotostat buku akauan bank yang terkini
- Minit mesyuarat atau lain-lain surat sokongan
- Sesalinan fotostat pelan projek yang disahkan oleh arkitek yang bertauliah
- Surat kelulusan pembinaan/ ubahsuai dari bahagian Pembangunan MAIK sekiranya masjid berkenaan adalah masjid mukim.
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang di bawah.