
Program Kemahiran
Jabatan/ Agensi: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
- Membantu golongan asnaf untuk mendapatkan kemahiran bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka yang kurang berkemampuan melalui sumber kemahiran yang diperolehi.
- Kursus yang ditawarkan ialah Kursus Bengkel Jahitan, Kursus Bengkel Automotif dan Kursus Bengkel Sulaman
- Warganegara Malaysia, peranakan Kelantan yang berumur antara 18 hingga 30 tahun pada tarikh kursus bermula.
- Berkelulusan sekurang-kurangnya PMR atau mana-mana kelulusan yang setaraf dengannya serta berkebolehan membaca dan menulis dengan baik.
- Beragama Islam dan hendaklah terdiri daripada golongan Asnaf samada dari golongan fakir, miskin atau muallaf serta berstatus bujang (belum berkahwin).
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang di bawah.