
Bantuan IPT Online
Jabatan/ Agensi: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
Permohonan bantuan melanjutkan pengajian tinggi (IPT).
- Permohonan terbuka untuk Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa sahaja.
- Tarikh hantar borang permohonan selewat-lewatnya 1 bulan dari tarikh memohon.
- Permohonan bantuan zakat ke IPT boleh dibuat sebelum tarikh pendaftaran dan selewat-lewatnya dua bulan selepas tarikh pendaftaran ke IPT tersebut.
- Tiada penaja dan bantuan kewangan lain / elaun / biasiswa.
- Pemohon hendaklah golongan asnaf yang layak menerima wang zakat.
- Pendapatan keluarga yang rendah.
- Tiada harta yang ekonomik.
- Ibu/ bapa/ penjaga yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.
- Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kelantan.
- Bidang pengajian yang memberi manfaat umum.
- Permohonan yang tidak jelas dan tidak lengkap dan mengandungi maklumat palsu akan ditolak.
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang di bawah.