
Skim Al-It'aam
Jabatan/ Agensi: Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB)
- Program ini telah dirasmikan pada Februari 2011.
- Bantuan beras 1Okg kepada penerima yang layak pada setiap bulan.
- Bermula daripada 100 orang penerima untuk setiap DUN (45 Dun) pada 2011 meningkat kepada 250 orang penerima untuk setiap Dun.
- Peruntukan sebanyak RM1.5 Juta daripada 2011 ditingkatkan kepada RM5.0 Juta pada tahun 2018.
- Bantuan berupa beras 1Okg pada setiap tahun ditambah lagi dengan bantuan kurma pada setiap bulan Ramadhan bermula tahun 2012 sehingga kini. Pada 2017 sekali lagi kerajaan telah meluluskan tambahan item bantuan Skim Al-It'aam iaitu minyak masak dan gula 1kg untuk pembekalan tahun 2018.
- Waran
- Dikeluarkan oleh PPN kepda PTJ bagi tempoh 3 bulan sekali.
- L.O
- Dikeluarkan oleh PTJ kepada KPKB pada setiap bulan/ Pejabat DUN (tuntutan majlis).
- Setelah LO dikeluarkan, pihak KPKB akan membuat penghantaran.
- KPKB akan memaklumkan kepada pembekal untuk persediaan penghantaran.
- Penghantaran Beras
- Pihak KPKB akan menghantar beras 10kg ST10%, minyak masak dan gula.
- Tuntutan
- Proses tuntutan beras melibatkan KPKB- PTJ.
- Proses tuntutan majlis melibatkan Pejabat DUN- PTJ.
- Invois akan dikeluarkan setelah selesai penghantaran dan tuntutan akan dibuat.
- Penerimaan Tuntutan
- 2-3 minggu selepas penghantaran tuntutan ke PTJ.
- Jika tidak menerima bayaran PTJ akan menyemak di PTJ.
- Warganegara Malaysia.
- Dikategorikan sebagai miskin tegar.
- Berdaftar dalam pengkalan data rakyat miskin DUN/ E- Kasih
- Perlu mendapat pengesahan penggawa/ penghulu.
- Boleh berhubung di page Facebook Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB): https://www.facebook.com/kpkbpage
- Untuk maklumat lanjut layari portal KPKB di: kpkb.com.my/