
Program Dapur Hijau
Jabatan/ Agensi: Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd
Konsep utama Dapur Hijau ini adalah mewujudkan sebuah taman yang produktif serta mampu memberikan hasil yang menjadi keperluan masakan harian.
Aktiviti berkebun ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan berpendapatan rendah mengurangkan perbelanjaan dapur dengan menggunakan hasil tanaman mereka untuk kegunaan harian seisi rumah.
- Membantu mengurangkan kos terutamanya kos perbelanjaan dapur dengan mewujudkan satu laman tanaman sayuran.
- Pembelajaran dan kesedaran pengamalan pertanian organik bagi menjamin keselamatan dan kesihatan jangka masa yang lama.
- Bantuan kit dapur hijau-kit pemula untuk berkebun.
- Bimbingan berterusan berkaitan pertanian.
- Potensi kepada kelayakkan bagi penyertaan pertandingan program dapur hijau.
- Peserta boleh hubungi Pusat Khidmat DUN/ Penghulu/ Penghulu Wanita tanpa MukiM masing-masing untuk penyertaan.
- Melalui FB rasmi : Kelantan Biotech Corp Sdn Bhd atau talian (01119389369).
- Terbuka kepada golongan wanita/ surirumah/ belia.
- Terhad kepada 40 penerima bagi setiap DUN.
- Permohonan terbuka setiap tahun.
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman page facebook di https://www.facebook.com/kbcsb
- Penganjuran program sejak tahun 2015 telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan sebanyak 13,890 peserta dari 45 Dun dan telah mendapat hasil yang amat baik.
- Seramai 13,890 peserta telah mendapat manfaat ini dengan pengurangan perbelanjaan dapur bagi kategori pembelian sayur.
- Pada tahun 2024, telah diadakan Ekspo Dapur Hijau peringkat Negeri Kelantan bagi mengetengahkan usahawan dapur hijau disamping memberi sokongan berterusan kepada pengusaha tanaman.