Accessibility Tools

Skip to main content

Bantuan Input Perikanan

Jabatan/ Agensi: Jabatan Perikanan Negeri Kelantan


Bantuan Input Perikanan; peralatan menangkap ikan yang digunakan nelayan seperti pukat hanyut (pukat kaya), pukat udang tiga lapis, pukat ketam, bintoh ketam, tong insulasi dan lain-lain peralatan mengikut keperluan nelayan semasa.

Bantuan input perikanan seperti peralatan menangkap ikan, teknologi atau mekanisasi perikanan tangkapan kepada nelayan merupakan satu pemangkin untuk meningkatkan hasil pendaratan ikan marin, selain itu dapat mengurangkan kos operasi kerana pemberian bantuan ini adalah secara one-off setiap tahun.

Selain itu, bagi memastikan outcome program ini tercapai iaitu meningkatkan pendaratan ikan marin satu program pengukuhan kakitangan berkenaan kaedah pengutipan data perlu dilaksanakan supaya data yang direkodkan lebih berintegriti dan tepat.

  1. Membantu mengurangkan kos operasi menangkap ikan nelayan tradisional.
  2. Meningkatkan hasil pendaratan, pendapatan, menjana ekonomi serta meningkatkan taraf hidup nelayan.
  3. Memupuk kesedaran di kalangan komuniti nelayan berkaitan penggunaan peralatan menangkap ikan yang mesra pengguna untuk ekosistem marin dan alam sekitar.
  4. Memperkasakan kaedah penangkapan ikan melalui pemindahan teknologi terkini bagi menjamin kesejahteraan dan meningkatkan taraf sosio-ekonomi nelayan tradisonal.
  5. Menaiktaraf/ meningkatkan kemudahan infrastruktur nelayan darat dalam menjalankan aktiviti harian seperti menaiktaraf kemudahan jeti pendaratan, tempat jualan dan stor peralatan menangkap ikan.
  6. Menjamin kelestarian serta meningkatkan/ memperkayakan sumber perikanan marin negara.
  1. Nelayan tulen yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia.
  2. Mempunyai lesen penangkapan ikan yang sah, mengusahakan sendiri sampan/ vesel dan masih aktif menjalankan aktiviti penangkapan ikan.
  3. Merupakan nelayan yang memberi maklumat perangkaan dari segi pendaratan ikan, nilai dan jumlah hasil penangkapan ikan secara harian kepada jabatan.
  4. Komuniti myKomuniti Perikanan (myKP) yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia.
  5. Nelayan darat @ nelayan yang berdaftar dalam ahli myKP layak dipertimbangkan.
  6. Nelayan yang dikenalpasti berdaya maju, gigih dan memerlukan bantuan bagi meningkatkan kaedah operasi di laut.

Nota : Hanya permohonan yang menepati syarat layak dipertimbangkan untuk tapisan di peringkat Jawatankuasa berkaitan dan tertakluk kepada peruntukan semasa Jabatan.

  • 2023 – 284 orang nelayan telah menerima bantuan pukat
  • 2024 – 118 orang nelayan telah menerima bantuan pukat