Program Agropreneur Muda
Jabatan/ Agensi: Jabatan Perikanan Negeri Kelantan
Program ini bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di sepanjang rantaian nilai sektor pertanian seperti pengeluaran tanaman, ternakan dan perikanan serta industri makanan dan asas tani.
Geran Agropreneur Muda (GAM)
- Geran Agropreneur Muda Start-up
- Geran Agropreneur Muda Start-up adalah program bantuan inkubator daripada kerajaan kepada agropreneur muda bagi membantu mereka meminimumkan kos kewangan dalam menjalankan perniagaan. Geran ini diberi dalam bentuk barangan. Nilai maksimum start-up sehingga RM30,000.00 per individu bagi projek huluan pertanian (Tanaman/ Ternakan/ Perikanan) dan RM20,000.00 bagi projek Industri Makanan dan Asas Tani.

- Geran Agropreneur Muda Scale-up
- Geran Agropreneur Muda Scale-up adalah program bantuan pengembangan daripada kerajaan kepada penerima Geran Agropreneur Muda yang melaksanakan projek huluan pertanian (tanaman/ ternakan/ perikanan). Geran ini diberi dalam bentuk barangan dengan nilai maksimum sehingga RM50,000.00 per individu bagi membiayai perolehan agroteknologi, mekanisasi dan automasi terkini.

- Bantuan Peluang Kedua
- Bantuan Peluang Kedua bertujuan membantu penerima Geran Agropreneur Muda Start-up untuk meneruskan projek yang terhenti akibat dilanda bencana. Had maksimum Bantuan Peluang Kedua disediakan sehingga RM20,000.
Syarat Asas Menyertai Program Agropreneur Muda (PAM)
- Warganegara Malaysia;
- Individu berumur di antara 18 hingga 45 tahun; dan
- Boleh membaca, mengira dan menulis.
Syarat Tambahan Permohonan Geran Agropreneur Muda Start-up
- Warganegara Malaysia berumur antara 18 – 43 tahun;
- Individu yang baru memulakan projek WAJIB mengikuti kursus / latihan teknikal yang dianjurkan atau diiktiraf oleh Jabatan / Agensi di bawah Kementerian atau yang diiktiraf oleh Kementerian;
- Individu yang telah mempunyai projek sedia ada perlu mendapatkan perakuan dari Jabatan / Agensi pembimbing bagi DIPERTIMBANGKAN untuk DIKECUALIKAN dari mengikuti kursus / latihan teknikal di bawah Kementerian atau yang diiktiraf oleh Kementerian;
- Individu yang baru memulakan projek dan berkelulusan Sijil / Diploma / Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Institut Latihan di bawah Kementerian berkaitan projek pertanian yang dipohon boleh dipertimbangkan untuk DIKECUALIKAN daripada mengikuti program latihan teknikal;
- Individu yang berpendapatan bersih kurang dari RM 5,000.00 sebulan layak untuk memohon bantuan GAM;
- Individu yang mempunyai tanah berstatus pertanian atau premis sedia ada untuk pelaksanaan projek (milikan sendiri, tanah tol, sewaan atau diberi kebenaran oleh pemilik dan perlu dimatikan setem, perjanjian sewaan juga perlu masih berkuatkuasa, bagi pemilik tanah yang telah meninggal dunia perlu disertakan sijil kematian);
- Pemohon yang memohon GAM digalakkan berdaftar dengan SSM atau Lesen yang berkaitan untuk projek yang dipohon; dan
- Permohonan dianggap gagal sekiranya tiada maklum balas diterima dalam tempoh tiga (3) bulan.
Syarat Tambahan Permohonan Geran Agropreneur Muda Scale-up
- Warganegara Malaysia berumur antara 21 – 45 tahun;
- Penerima Geran Agropreneur Muda yang menjalankan projek huluan pertanian (tanaman/ ternakan/ perikanan); dan
- Individu yang berpendapatan bersih lebih dari RM5,000.00 sebulan layak untuk memohon bantuan scale-up.
Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan https://app-egam.kpkm.gov.my/login
- Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang https://www.kpkm.gov.my/bm/geran-dan-insentif/program-agropreneur-muda
- Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan https://app-egam.kpkm.gov.my/login
Program bermula pada tahun 2019 - 34 penerima