Info Rakyat Kelantan

Muat Turun Borang Takmir
Free

Muat Turun Borang Takmir

  • 00m 00s
Price: Free

PENGENALAN:

Bermula 2001, Unit Takmir diwujudkan di Bahagian Agama MAIK dengan penempatan Pegawai Penyelaras Takmir dan Pembantu Takmir serta 10 Penyelaras Pentadbiran Masjid Jajahan di bawah pengurusan MAIK. Unit ini berperanan menyelia program takmir di masjid dan surau serta tempat-tempat tertentu yang dibenarkan MAIK dengan peruntukan kewangan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bermula pada tahun 1985.

Seramai 267 orang guru takmir dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang sentiasa memberikan komitmen terhadap pengendalian kelas-kelas takmir sebagaimana yang dijadualkan.

 

CARA UNTUK MEMOHON:

Berikut adalah cara-cara memohon untuk menjadi Guru Takmir :

1. Jawatan Guru Takmir di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia terbuka kepada para ilmuan agama yang berminat.

2. Borang permohonan guru takmir boleh diambil melalui Penyelaras Pentadbiran Masjid Jajahan (PPMJ) lantikan Jakim yang bertugas di Masjid Jajahan.

3. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada PPMJ mengikut jajahan yang dimohon.

 

SYARAT- SYARAT UNTUK MEMOHON:

Berikut ialah syarat-syarat memohon untuk menjadi Guru Takmir :

1. Berumur 21 tahun dan tidak melebihi 70 tahun.

2. Mempunyai Tauliah Mengajar Agama MAIK.

3. Status terkini bukan Guru Agama Lantikan MAIK atau Guru Halaqat Lantikan JAHEAIK.

4. Permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.

5. Sesi temu duga akan diadakan apabila terdapat kekosongan.

 

MUAT TURUN BORANG TAKMIR:

http://www.e-maik.my/v2/index.php/muat-turun-awam/muat-turun-awam/borang-borang-umum/takmir.html

 

KLIK DIBAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT:

http://www.e-maik.my/v2/index.php/ms/perkhidmatan-kami/takmir

Short Description

Program Takmir Masjid dan Surau di negeri Kelantan telah bermula sejak tahun 1987.

Statistik Kunjungan

345669
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
62
785
3251
340971
4410
7104
345669

Your IP: 98.84.18.52
2024-10-12 07:45

Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800
Hakcipta © Kerajaan Negeri Kelantan

Hubungi Kami

Kerajaan Negeri Kelantan

Kompleks Kota Darulnaim

15503 Kota Bharu, Kelantan.

Email: inforakyat@kelantan.gov.my

Fax: +60

Webiste: http://inforakyat.kelantan.my