Info Rakyat Kelantan

Muat Turun Borang Baitulmal
Free

Muat Turun Borang Baitulmal

  • 00m 00s
Price: Free

PENGENALAN:

Baitulmal menurut bahasa berasal dari perkataan Arab dari dua kosakata iaitu Al-Bait dan Al-Mal di mana yang pertama bererti “rumah” dan kedua bererti “harta” atau ringkasnya rumah harta (Perbendaharaan). Menurut lisan al-Arab (rujukan asas Bahasa Arab) ia bermaksud “rumah yang menerima sesuatu harta dan menyimpannya untuk diagihkan.”

Pada hakikatnya Baitulmal merupakan satu bentuk institusi kewangan harta dalam Islam. Ia terdiri dari pelbagai sumber hasil seperti zakat, harta wakaf, cukai-cukai (kharaj) dan lain-lain sumber yang pengumpulan dan penggunaannya untuk kepentingan masyarakat dan negara.

Baitulmal dalam Islam mempunyai konsep penggunaan harta yang amat luas dan berteraskan 3 asas falsafah utama yang merangkumi 3 unsur penting iaitu:

1. Konsep harta - ekonomi (Sumber)

2. Konsep amanah - pentadbiran (Proses)

3. Konsep keadilan sosial - penggunaan (Tujuan)

Pada awal penubuhan kerajaan Islam oleh Rasulullah s.a.w. istilah ‘Baitulmal’ tidak wujud secara formal disebabkan usaha pada peringkat ini lebih kepada menyampaikan risalah dakwah dan penyebaran Islam. Apalagi kerana harta yang diperolehi tidak sempat terkumpul lama kerana ianya terus diagihkan kepada mereka yang memerlukan tanpa tertangguh-tangguh lagi. Bagaimanapun semasa pemerintahan Rasulullah s.a.w. di Madinah, beliau telah menukarkan corak pentadbirannya sesuai keadaan semasa dan di sinilah terbentuknya institusi kewangan secara tidak rasmi di mana masjid merupakan pusat pentadbiran yang menguruskan hal-ehwal ibadat dan kemasyarakatan.Keadaan tersebut berterusan sehingga zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dan menjadi lebih meluas pada masa Saidina Umar ibn Al-Khattab apabila perluasan wilayah baru yang dikuasai banyak mendatangkan perubahan dan perlu diatasi dengan bijaksana, sehingga pada masa ini harta yang diperolehi telah digunakan untuk membayar gaji pekerja, membiayai perbelanjaan negara, pembangunan ekonomi dan sebagainya.

 

HEBAHAN:

Harta Luqatah

 

e-Perkhidmatan:

 

MUAT TURUN:

Borang Baitulmal

 

KLIK DIBAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT:

http://www.e-maik.my/v2/index.php/ms/perkhidmatan-kami/pengurusan-baitulmal

Short Description

Muat turun borang atas talian bagi urusan baitulmal.

Statistik Kunjungan

350526
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
267
122
2294
347137
389
8878
350526

Your IP: 44.192.67.10
2024-11-02 23:54

Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800
Hakcipta © Kerajaan Negeri Kelantan

Hubungi Kami

Kerajaan Negeri Kelantan

Kompleks Kota Darulnaim

15503 Kota Bharu, Kelantan.

Email: inforakyat@kelantan.gov.my

Fax: +60

Webiste: http://inforakyat.kelantan.my