Accessibility Tools

Skip to main content

MAIK angkat warisan naskhah Melayu, perkukuh jaringan ilmu Kelantan–Terengganu

  • Intro Skim Bantuan atau Berita: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) terus memperteguh usaha memelihara khazanah keilmuan bangsa apabila menganjurkan Seminar Sejarah Hubungan Kelantan–Terengganu: Berasaskan Naskhah Melayu.
MAIK angkat warisan naskhah Melayu, perkukuh jaringan ilmu Kelantan–Terengganu Oleh: Norzana Razaly KOTA BHARU, 4 September - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) terus memperteguh usaha memelihara khazanah keilmuan bangsa apabila menganjurkan Seminar Sejarah Hubungan Kelantan–Terengganu: Berasaskan Naskhah Melayu.  Perasmian majlis disempurnakan Yang Dipertua MAIK yang juga Tengku Temenggong Kelantan YBM Tengku Tan Sri Dato’ Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz di  Dewan Utama, Tengku Kaya Pahlawan, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, di sini, hari...

Continue reading

Majlis Perundingan Wanita Kelantan 14 tahun perkasakan suara wanita

  • Intro Skim Bantuan atau Berita: Kelantan terus memperkukuh kedudukan wanita sebagai rakan strategik pembangunan negeri apabila Majlis Perundingan Wanita Kelantan (MPWN) memasuki sidang ketujuh bagi sesi 2025–2027, menjadikannya wadah unik yang hanya wujud di negeri ini dan telah berperanan selama 14 tahun memperkasa suara wanita.
Majlis Perundingan Wanita Kelantan 14 tahun perkasakan suara wanita Oleh: Syamimi Manah KOTA BHARU, 4 September — Kelantan terus memperkukuh kedudukan wanita sebagai rakan strategik pembangunan negeri apabila Majlis Perundingan Wanita Kelantan (MPWN) memasuki sidang ketujuh bagi sesi 2025–2027, menjadikannya wadah unik yang hanya wujud di negeri ini dan telah berperanan selama 14 tahun memperkasa suara wanita. Majlis Watikah Lantikan MPWN menyaksikan 36 ahli Majlis Perundingan Wanita Negeri dan 442 ahli Majlis Perundingan Wanita Parlimen menerima watikah rasmi mewakili 14...

Continue reading

Setangan Getam Budu diisytihar sebagai Warisan Negeri Kelantan

  • Intro Skim Bantuan atau Berita: Setangan Getam Budu, tengkolok tradisional kebanggaan negeri Kelantan kini diangkat sebagai warisan rasmi negeri ini dalam satu majlis penuh adat dan bersejarah yang berlangsung di Istana Balai Besar di sini, semalam.
Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni al-marhum Sultan Ismail Petra Setangan Getam Budu diisytihar sebagai Warisan Negeri Kelantan Oleh: Asri Hamat KOTA BHARU, 4 September — Setangan Getam Budu, tengkolok tradisional kebanggaan negeri Kelantan kini diangkat sebagai warisan rasmi negeri ini dalam satu majlis penuh adat dan bersejarah yang berlangsung di Istana Balai Besar di sini, semalam. Majlis perisytiharan tersebut disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni al-marhum Sultan Ismail...

Continue reading

Gu Penerangan diseru proaktif perjelas pencapaian Kelantan kepada rakyat

  • Intro Skim Bantuan atau Berita: Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta YB Mohd Asri Mat Daud menegaskan bahawa Gu Penerangan mesti berperanan proaktif menyampaikan pencapaian dan dasar pembangunan Kerajaan Negeri Kelantan kepada rakyat secara berterusan.
YB Mohd Asri Mat Daud, Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan Gu Penerangan diseru proaktif perjelas pencapaian Kelantan kepada rakyat Oleh: Norzana Razaly KOTA DARULNAIM, 3 September – Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta YB Mohd Asri Mat Daud menegaskan bahawa Gu Penerangan mesti berperanan proaktif menyampaikan pencapaian dan dasar pembangunan Kerajaan Negeri Kelantan kepada rakyat secara berterusan. Menurutnya, banyak kejayaan Kelantan mendahului negeri lain, namun kurang disedari masyarakat kerana maklumat...

Continue reading

Kelantan tubuh MPKK, bantu penghulu urus hal ehwal rakyat

  • Intro Skim Bantuan atau Berita: Kerajaan Negeri Kelantan mengambil langkah proaktif memperkukuh tadbir urus di peringkat akar umbi dengan menubuhkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi membantu penghulu melaksanakan urusan rakyat secara lebih sistematik dan berkesan.
Kelantan tubuh MPKK, bantu penghulu urus hal ehwal rakyat Oleh: Asri Hamat BACHOK, 3 September — Kerajaan Negeri Kelantan mengambil langkah proaktif memperkukuh tadbir urus di peringkat akar umbi dengan menubuhkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi membantu penghulu melaksanakan urusan rakyat secara lebih sistematik dan berkesan. Inisiatif yang dikendalikan melalui Majlis Penghulu Negeri Kelantan itu dilancarkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan, dalam satu majlis rasmi di Pantai Irama, Bachok, pada Sabtu. Menurutnya, penghulu...

Continue reading

GREAT UMK bentang hasil penyelidikan berkaitan REE Kelantan

  • Intro Skim Bantuan atau Berita: Usaha membangunkan sektor mineral nadir bumi (Rare Earth Elements REE) di Kelantan melangkah ke fasa lebih teratur apabila Pusat Keusahawanan Teknologi Emas, Nadir Bumi dan Bahan (GREAT). Universiti Malaysia Kelantan (UMK) membentangkan inisiatif penyelidikan komprehensif kepada kerajaan negeri.
GREAT UMK bentang hasil penyelidikan berkaitan REE Kelantan Oleh: Asri HamatKredit foto: Unit Media Timbalan Menteri Besar KOTA DARULNAIM, 3 September – Usaha membangunkan sektor mineral nadir bumi (Rare Earth Elements REE) di Kelantan melangkah ke fasa lebih teratur apabila Pusat Keusahawanan Teknologi Emas, Nadir Bumi dan Bahan (GREAT). Universiti Malaysia Kelantan (UMK) membentangkan inisiatif penyelidikan komprehensif kepada kerajaan negeri. Kunjungan hormat itu diketuai Naib Canselor UMK, Prof. Ir. Ts. Dr. Arham Abdullah, dan disambut oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan YB...

Continue reading

Bunga Mas Kelantan julung kali dipamerkan kepada umum di Festival Warisan

  • Intro Skim Bantuan atau Berita: Sejarah dan warisan negeri Kelantan melakar detik bersejarah apabila Bunga Mas Kelantan buat julung kalinya dipamerkan kepada orang ramai sempena Festival Tekstil dan Warisan Melayu Kelantan yang berlangsung di Istana Balai Besar, di sini, mulai 1 hingga 14 September.
Bunga Mas Kelantan julung kali dipamerkan kepada umum di Festival Warisan Oleh: Syamimi Manah KOTA BHARU, 3 September – Sejarah dan warisan negeri Kelantan melakar detik bersejarah apabila Bunga Mas Kelantan buat julung kalinya dipamerkan kepada orang ramai sempena Festival Tekstil dan Warisan Melayu Kelantan yang berlangsung di Istana Balai Besar, di sini, mulai 1 hingga 14 September. Festival anjuran Pejabat Sultan Kelantan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Lembaga Muzium Negeri Kedah, Perbadanan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan...

Continue reading

Yayasan Kasih Mutiara legasi tokoh korporat Kelantan perkukuh kebajikan

  • Intro Skim Bantuan atau Berita: Sejarah baharu dilakar apabila Yayasan Kasih Mutiara yang diasaskan Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad Che Ibrahim Che Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Nik Lah, dilancarkan secara rasmi.
Yayasan Kasih Mutiara legasi tokoh korporat Kelantan perkukuh kebajikan Oleh: Norzana Razaly KOTA BHARU, 3 September – Sejarah baharu dilakar apabila Yayasan Kasih Mutiara yang diasaskan Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad Che Ibrahim Che Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Nik Lah, dilancarkan secara rasmi. Majlis bersejarah itu disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud di sebuah hotel di sini, semalam. Beliau merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan Pak Nik Lah membangunkan yayasan hasil...

Continue reading

Usahawan tani digalakkan ceburi sektor hiliran madu kelulut

  • Intro Skim Bantuan atau Berita: Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi YB Dato' Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail menggalakkan lebih ramai usahawan tani di Kelantan agar berani menceburi sektor hiliran berasaskan kelulut.
YB Dato' Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Negeri Kelantan Usahawan tani digalakkan ceburi sektor hiliran madu kelulut Oleh: Asri HamatKredit foto: Unit Media Exco KOTA DARULNAIM, 2 Sept – Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi YB Dato' Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail menggalakkan lebih ramai usahawan tani di Kelantan agar berani menceburi sektor hiliran berasaskan kelulut. Menurutnya, madu kelulut bernilai tinggi dalam pasaran makanan dan  berpotensi besar dalam sektor kesihatan, pemakanan tambahan dan kosmetik.  ...

Continue reading