Info Rakyat Kelantan

Skim Bantuan Pemulihan Rumah Kediaman
Free

Skim Bantuan Pemulihan Rumah Kediaman

  • 00m 00s
Price: Free

PENGENALAN:

Merupakan bantuan bagi membaikpulih rumah yang uzur dan usang.

 

SYARAT- SYARAT AM MEMOHON:

1. Pemohon hendaklah terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.

2. Keutamaan diberikan kepada pemohon peranakan Kelantan.

3. Beragama Islam.

 

SYARAT- SYARAT KHUSUS MEMOHON:

1. Kriteria pemilihan penerima sebagaimana berikut:

  • Penerima terdiri daripada asnaf fakir dan miskin. Keutamaan diberikan kepada golongan ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU).
  • Tanah milik sendiri atau milik ibu bapa atau tanah kerajaan. Sekiranya dibina atas tanah milik kerajaan atau ibu bapa pemohon ianya hendaklah mendapat kebenaran secara bertulis.
  • Bagi penerima lelaki hanya mempunyai seorang isteri sahaja.
  • Mempunyai tanggungan yang ramai.
  • Merupakan bantuan untuk sebuah rumah yang dibina baru dan bukannya untuk membaiki rumah yang sediada.

2. Kos setiap rumah adalah sebanyak RM38,000.00 kecuali bagi jajahan Gua Musang, Jeli dan Kuala Krai iaitu kos untuk sebuah rumah adalah sebanyak RM41,000.00

 

CARA UNTUK MEMOHON:

Pemohon-pemohon bolehlah mendapatkan bantuan nasihat melalui semua imam-imam masjid seluruh negeri Kelantan. Tiap-tiap Pemohon mestilah mengisi borang permohonan bantuan yang boleh didapati secara percuma di Kaunter Zakat, Tingkat 1, MAIK. Borang permohonan yang disalin (fotostat) tidak akan dilayan.

 

KLIK DIBAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT:

http://www.e-maik.my/v2/index.php/ms/skim-bantuan/bantuan-pemulihan-rumah-kediaman

Short Description

Merupakan bantuan bagi membaikpulih rumah yang uzur dan usang.

Statistik Kunjungan

244740
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
366
188
3632
240645
4699
2961
244740

Your IP: 3.143.218.146
2024-04-19 19:13

Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800
Hakcipta © Kerajaan Negeri Kelantan

Hubungi Kami

Kerajaan Negeri Kelantan

Kompleks Kota Darulnaim

15503 Kota Bharu, Kelantan.

Email: inforakyat@kelantan.gov.my

Fax: +60

Webiste: http://inforakyat.kelantan.my