Info Rakyat Kelantan

Program Kemahiran
Free

Program Kemahiran

  • 00m 00s
Price: Free

PENGENALAN:

Membantu golongan asnaf untuk mendapatkan kemahiran bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka yang kurang berkemampuan melalui sumber kemahiran yang diperolehi. Kursus yang ditawarkan ialah Kursus Bengkel Jahitan, Kursus Bengkel Automotif dan Kursus Bengkel Sulaman.

 

KURSUS BENGKEL JAHITAN:

1. Mula beroperasi pada bulan Julai 1996.

2. Terletak di Tingkat Bawah, Seksyen 4, Jalan Kelochor, Kota Bharu.

3. Jumlah maksima pelatih untuk satu sesi – 25 orang.

4. Menjahit Pakaian Lelaki & Wanita.

5. Pengambilan Wanita Sahaja.

6. Tempoh Kursus selama 8 bulan.

7. Elaun Bulanan sebanyak RM 300.00

 

KURSUS BENGKEL AUTOMOTIF:

1. Mula beroperasi pada bulan Januari 2000.

2. Terletak di Mukim Telok Baru, Kota Bharu.

3. Jumlah makisma pelatih untuk satu sesi– 10 orang.

4. Membaiki Motosikal Sahaja.

5. Pengambilan Lelaki Sahaja.

6. Tempoh Kursus selama 8 bulan.

7. Elaun Bulanan sebanyak RM 300.00

 

KURSUS BENGKEL SULAMAN:

1. Mula beroperasi pada bulan Januari 2002.

2. Terletak di Tingkat Bawah, Seksyen 4, Jalan Kelochor, Kota Bharu.

3. Jumlah maksima pelatih untuk satu sessi– 10 orang.

4. Pengambilan Wanita Sahaja.

5. Tempoh Kursus selama 8 bulan.

6. Elaun Bulanan sebanyak RM 300.00

 

TUJUAN PROGRAM:

1. Membantu Golongan Asnaf Untuk Mendapatkan Kemahiran.

2. Mendedahkan Mereka Kepada Pembelajaran Kemahiran Yang Boleh Digunakan Untuk Mencari Pendapatan.

3. Meningkatkan Taraf Ekonomi Mereka Yang Kurang Berkemampuan Melalui Sumber Kemahiran Yang Diperolehi.

 

SYARAT- SYARAT KELAYAKAN:

1. Warganegara Malaysia, peranakan Kelantan yang berumur antara 18 hingga 30 tahun pada tarikh kursus bermula.

2. Berkelulusan sekurang-kurangnya PMR atau mana-mana kelulusan yang setaraf dengannya serta berkebolehan membaca dan menulis dengan baik.

3. Beragama Islam dan hendaklah terdiri daripada golongan Asnaf samada dari golongan fakir, miskin atau muallaf serta berstatus bujang (belum berkahwin).

 

CARA MEMOHON:

1. Permohonan hendaklah menggunakan borang yang disediakan dan hantar ke Unit Agihan (Bahagian Pembangunan MAIK) sebelum tarikh tutup sebagaimana yang telah diiklankan.

2. Borang boleh didapati di Kaunter Unit Agihan, melalui Pejabat Tanah Dan Jajahan di seluruh Negeri Kelantan, Masjid Bandar jajahan dan di Portal Rasmi MAIK.

 

HARI DAN WAKTU LATIHAN:

1. HARI AHAD HINGGA RABU

  • JAM 8.30 PAGI – 1.00 T/HARI
  • JAM 2.00 PTG – 5.00 PTG

1. HARI KHAMIS

  • JAM 2.00 PTG – 3.30 PTG.

 

KLIK DIBAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT:

http://www.e-maik.my/v2/index.php/ms/perkhidmatan-kami/agihan-zakat

 

***Permohonan pengambilan pelatih baru akan dibuka setiap 8 bulan sekali. Iklan pengambilan akan diwar-warkan melalui Portal Rasmi MAIK & Media Sosial Rasmi MAIK.

Short Description

Membantu golongan asnaf untuk mendapatkan kemahiran bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka yang kurang berkemampuan melalui sumber kemahiran yang diperolehi. Kursus yang ditawarkan ialah Kursus Bengkel Jahitan, Kursus Bengkel Automotif dan Kursus Bengkel

Statistik Kunjungan

239711
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
42
117
819
238383
2631
3308
239711

Your IP: 44.221.43.88
2024-03-29 03:44

Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800
Hakcipta © Kerajaan Negeri Kelantan

Hubungi Kami

Kerajaan Negeri Kelantan

Kompleks Kota Darulnaim

15503 Kota Bharu, Kelantan.

Email: inforakyat@kelantan.gov.my

Fax: +60

Webiste: http://inforakyat.kelantan.my