Program Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat di Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK
Free

Program Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat di Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK

  • 00m 00s
Price: Free

PENGENALAN- SEJARAH PENUBUHAN:

Maahad Tahfiz ini dahulunya dikenali dengan KELAS PENGAJIAN TAFAQQUH. Ianya telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan pada pertengahan tahun 80-an di mana MASJID MUHAMMADI, KOTA BHARU merupakan pusat pertama yang telah dijadikan tempat Pengajian Kelas Tafaqquh. Mufti Kerajaan Negeri Kelantan pada masa itu,iaitu Sahibul Samahah Dato' Hj Mohd Noor bin Ibrahim telah diamanahkan untuk mengawasi perjalanan Kelas Tafaqquh tersebut. Generasi pertama Kelas Pengajian Tafaqquh ini terdiri daripada 11 orang pelajar dan 5 orang tenaga pengajar yang menyumbangkan tenaga mereka secara sukarela.

 

Maahad Tahfiz ini dahulunya dikenali dengan KELAS PENGAJIAN TAFAQQUH. Ianya telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan pada pertengahan tahun 80-an di mana MASJID MUHAMMADI, KOTA BHARU merupakan pusat pertama yang telah dijadikan tempat Pengajian Kelas Tafaqquh. Mufti Kerajaan Negeri Kelantan pada masa itu,iaitu Sahibul Samahah Dato' Hj Mohd Noor bin Ibrahim telah diamanahkan untuk mengawasi perjalanan Kelas Tafaqquh tersebut. Generasi pertama Kelas Pengajian Tafaqquh ini terdiri daripada 11 orang pelajar dan 5 orang tenaga pengajar yang menyumbangkan tenaga mereka secara sukarela.

 

Pada penghujung tahun 1992 Kelas Pengajian Tafaqquh ditukarkan kepada KELAS PENGAJIAN TAHFIZ AL-QURAN MAIK. Dengan membuat beberapa perubahan ke atas sukatan pelajaran sesuai dengan peredaran dan perkembangan sistem pembelajaran. Pada tahun seterusnya iaitu bersamaan 1 Februari 1993 satu permohonan telah diajukan kepada Pengarah Intitusi Pengajian Tahfiz Al-Quran Pusat Islam Malaysia Kuala Lumpur bagi mewujudkan program bersama Diploma Tahfiz Wal Qiraat dan permohonan tersebut telah diluluskan.

 

Pada tahun 2007 nama Kelas Pengajian Tahfiz Al-Quran MAIK ditukarkan kepada MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN MAIK dan nama ini telah diguna pakai sehingga ke hari ini. Sistem Pengajian Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK berasaskan kepada Kurikulum Darul Quran JAKIM sepenuhnya. Sehubungan dengan itu pada tahun 2010 satu persefahaman (MOU) telah dicapai oleh Pihak Maahad Tahfiz dengan Darul Quran JAKIM. Manakala pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan mendapat Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Darul Quran (JAKIM). Mereka boleh melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di IPT luar dan dalam negara.

 

Bagi memantapkan lagi institusi pengajian Maahad Tahfiz telah dipindahkan ke tempat baru yang dikenali sebagai KOMPLEKS ISLAM JUBLI PERAK SULTAN ISMAIL PETRA (KIJPSIP). Setelah berusia lebih dari 20 tahun Maahad ini telah melahirkan ramai graduan yang berjaya dan berwibawa. Mereka kini sedang berkhidmat di pelbagai Institusi Kerajaan dan Swasta.

 

SISTEM PENGAJIAN:

Pengajian Program Diploma Tahfiz al-Quran dijalankan mengikut sistem semester iaitu selama 6 semester (3 tahun). Pelajar-pelajar yang mengikuti program ini akan melalui tiga komponen kursus iaitu:

  • Kursus Teras - Kursus ini wajib diikuti oleh setiap pelajar bagi memenuhi keperluan pengajian.
  • Kursus Umum Pengajian Islam - Kursus ini wajib diikuti oleh semua pelajar dan dikehendaki lulus untuk layak menerima Diploma
  • Kursus Syukbah Qiraat - Kursus ini ditetapkan oleh Darul Quran. Pelajar dikehendaki mencapai tahap kemahiran yang cukup dalam kursus yang ditawarkan.

Semua program, peraturan serta pengurusan akademik yang dijalankan adalah dilaksanakan berdasarkan keputusan Lembaga Darul Quran yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

 

YURAN PENGAJIAN:

Yuran pengajian tidak dikenakan. Biasiswa akan dipertimbangkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan untuk pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang memerlukan

 

PROSPEK:

Pemegang Diploma Tahfiz al-Quran wal-Qiraat layak memasuki perkhidmatan awam atau swasta sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, pendidik atau pendakwah atau imam dan lain-lain bidang yang memerlukan tahap profesionalisme, wibawa serta personaliti diri yang tinggi.

 

KELEBIHAN & KEISTIMEWAAN:

1. Pengiktirafan Sijil Diploma di pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Tempatan & Antarabangsa.

2. Elaun Bulanan Sebanyak RM250 Sebulan.

3. Penginapan Asrama Percuma.

4. Makan & Minum Percuma.

5. Bilik Pengajian yang selesa.

6. Makmal Komputer yang lengkap.

7. Kawalan Keselamatan 24 Jam.

8. Pelbagai lagi kemudahan yang disediakan.

 

PROGRAM KEMASYARAKATAN:

1. Aktiviti-aktiviti Kemasyarakatan yang dilakukan adalah seperti berikut:-

  • Majlis Tahlil & Bacaan Al-Quran
  • Majlis Qiamulail
  • Majlis Solat Hajat
  • Majlis Solat Jenazah
  • Majlis Kesyukuran
  • Majlis Keraian
  • Permohonan Imam Terawikh

2. Untuk memohon mahasiswa menyertai aktiviti kemasyarakatan, anda bolehkah menghubungi pegawai kami :-.

  • AF. Ustaz Mohd Najmuddin Bin Ismail (013-9301589)
  • Ybrs. Encik Zulkifli Bin Hanafi (013-9293739)

 

SYARAT KEMASUKAN:

Kelayakan asas untuk mengikuti program Diploma adalah seperti berikut:-

  • Warganegara Malaysia
  • Belum berkahwin
  • Berumur 17 Tahun dan tidak melebihi 21 tahun
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam:-
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab Komunikasi.
    • Pendidikan al-Quranan Sunnah atau Pendidikan Syariah atau Tasawwur Islamiah
    • Lulus Bahasa Inggeris
  • Lulus temuduga.

 

CARA MEMOHON:

1. Mengisi Borang Permohonan secara Online

2. Menghantar Salinan Borang Permohoan beserta sijil-sijil yang telah disahkan Ke alamat:-

 

MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN MAIK

Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra,

Lot 2136, Jalan Raja Perempuan Zainab II,Panji,

16100 Kota Bharu Kelantan, Malaysia

 

3. Telefon : +609-7744363

4. Faks : +609-7715 773

5. Emel : mtq@e-maik.my

6. Website : maahadtahfiz.e-maik.my

 

HUBUNGI KAMI:

1. MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN MAIK

Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra,

Lot 2136, Jalan Raja Perempuan Zainab II,Panji,

16100 Kota Bharu Kelantan, Malaysia

2. Telefon : +609 77443632

3. Emel : mtq@e-maik.my

 

WAKTU BERURUSAN:

1. AHAD HINGGA RABU

  • JAM 8.00 PAGI – 5.00 PTG

2. KHAMIS

  • JAM 8.00 PAGI – 3.30 PTG.

3. JUMAAT DAN SABTU CUTI

 

KLIK DIBAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT:

http://www.e-maik.my/v2/index.php/ms/perkhidmatan-kami/maahad-tahfiz-alquran-maik

Short Description

Pengajian Tahfiz Peringkat Diploma dengan kerjasama Darul Quran JAKIM

Statistik Kunjungan

164433
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
9
1608
3149
157860
10310
14525
164433

Your IP: 3.227.235.216
2021-09-22 00:28

Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800
Hakcipta © Kerajaan Negeri Kelantan

Hubungi Kami

Kerajaan Negeri Kelantan

Kompleks Kota Darulnaim

15503 Kota Bharu, Kelantan.

Email: inforakyat@kelantan.gov.my

Fax: +60

Webiste: http://inforakyat.kelantan.my