Info Rakyat Kelantan

Muat Turun Borang : Dakwah
Free

Muat Turun Borang : Dakwah

  • 00m 00s
Price: Free

Antara aktiviti DAKWAH KE DALAM yang dianjurkan ialah:

  • Program pengajaran Agama di Masjid-masjid mukim - Program ini diadakan menerusi pengajian bersiri dan berterusan yang disampaikan oleh 88 orang guru-guru agama yang dilantik khas oleh MAIK untuk mengajar agama di 335 buah masjid yang ditetapkan. Setiap guru yang ditetapkan mengajar di empat buat masjid mukim dengan kekerapan sebanyak empat kali sebulan bagi sebuah masjid atau 16 kali bagi empat buah masjid. Guru agama MAIK dibayar elaun sebanyak RM25 bagi satu kuliah yang diadakan atau RM400 bagi 16 kali yang ditetapkan.
  • Program Kuliah di Masjid Kepala Jajahan/Bandar - Bagi melaksanakan program ini seramai 9 orang guru telah dilantik bagi mengadakan kuliah pada setiap pagi Jumaat di masjid-masjid bandar kecuali Kota Bharu, Gua Musang dan Jeli.
  • Panduan Tauliah Mengajar
  • Perakuan Pindaan Tukar Nama Bagi Orang Islam
  • Surat Sokongan Belajar/Mengajar di Kelantan
  • Pendaftaran Saudara Baru
  • Kursus Mingguan Saudara Baru - Bertempat di Balai Islam, Lundang kerjasama dengan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK). Perkara-perkara yang diberi penekanan dalam kursus tersebut ialah Al-Quran, Feqah, Tauhid dan cara-cara mendirikan ibadat khusus seperti solat, puasa dan lain-lain. Perbelanjaan makan minum ditanggung oleh pihak JHEAIK, manakala perbelanjaan tambang menambang ditanggung oleh pihak MAIK berdasarkan pada kawasan.

 

Antara aktiviti DAKWAH KE LUAR yang dianjurkan adalah:

  • Kursus Fardhu Ain
  • Program Pengenalan Islam
  • Lawatan Dakwah ke Perkampungan Orang Asli
  • Kursus Penghayatan Agama
  • Kursus Pra Perkahwinan
  • Program Ziarah Bersepadu
  • Program Pertandingan Nasyid dan Sepak Takraw
  • Kursus guru Agama Orang Asli
  • Perkhidmatan Berkhatan
  • Program Sambutan Hari Kebesaran Islam
  • Sumbangan Hari Raya
  • Lawatan Berkala
  • Program Kursus Mingguan Saudara Baru

 

MUAT TURUN BORANG DAKWAH:

http://www.e-maik.my/v2/index.php/ms/muat-turun-awam/muat-turun-awam/borang-borang-umum/dakwah.html

 

KLIK DIBAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT:

http://www.e-maik.my/v2/index.php/ms/perkhidmatan-kami/dakwah

Short Description

Dakwah ke dalam ialah program atau aktiviti dakwah yang diadakan khusus kepada saudara baru bukan Orang Asli. Ianya terdiri daripada saudara baru pelbagai bangsa. Dakwah keluar ialah program dan aktiviti dakwah yang diadakan untuk saudara baru Orang Asli.

Statistik Kunjungan

244567
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
193
188
3459
240645
4526
2961
244567

Your IP: 3.145.52.86
2024-04-19 01:53

Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800
Hakcipta © Kerajaan Negeri Kelantan

Hubungi Kami

Kerajaan Negeri Kelantan

Kompleks Kota Darulnaim

15503 Kota Bharu, Kelantan.

Email: inforakyat@kelantan.gov.my

Fax: +60

Webiste: http://inforakyat.kelantan.my