Info Rakyat Kelantan

e-Qaryah
Free

e-Qaryah

  • 00m 00s
Price: Free

Peraturan Am

Pemohon lelaki sekurang-kurangnya 18 tahun dan pemohon perempuan 16 tahun. Pemohon yang berumur kurang dari umur yang ditetapkan hendaklah mengisi borang permohonan ini dan mendapatkan kebenaran bawah umur daripada Mahkamah Syariah.

Borang permohonan boleh diisi seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau selewat-lewatnya 7 hari bagi warganegara Malaysia dan 21 hari untuk warganegara asing sebelum tarikh akad nikah.

Pemohon hendaklah seorang yang bermastautin di dalam negeri Kelantan (Kod 03 atau 29 di dalam kad pengenalan) atau beralamat Kelantan di dalam kad pengenalan.

Permohonan yang dibuat secara online hanya akan diproses apabila pemohon melaksanakan proses-proses seperti di dalam tatacara permohonan berikut :-

Pemohon hendaklah mengisi borang online dengan lengkap.

Pemohon hendaklah mencetak borang yang telah lengkap diisi.

Pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan anak mukim daripada Penolong Pendaftar NCR/Imam Tua Masjid Mukim di dalam borang yang dicetak.

o Borang yang telah dicetak hendaklah dikemukakan oleh pemohon atau wakil (ahli keluarga sahaja). Pemohon perlu hadir ke Pejabat Agama Jajahan tempat akad nikah dijalankan (bagi permohonan berkahwin dalam negeri) ATAU jajahan tempat tinggal (bagi permohonan berkahwin ke luar negeri/negara) bersama-sama dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan seperti berikut :-

§  Satu salinan kad pengenalan untuk warganegara.

§  Satu salinan passport pemohon, pasangan dan wali bagi perempuan jika bukan warganegara Malaysia.

§  Sijil Kursus Pra perkahwinan yang ASAL dan satu salinan. (Bagi yang memegang mana-mana sijil pengajian Islam dalam dan luar negeri,boleh memohon PENGECUALIAN kursus Pra Perkahwinan Islam).

§  Borang Ujian Saringan HIV (Klinik Kesihatan atauHospital Kerajaan SAHAJA).

§  Surat Perakuan Perceraian asal dan satu salinan jika pemohon duda atau janda.

§  Sijil Kematian (salinan sahaja)bagi pasangan duda atau balu dan SERTAKAN Surat Perakuan Nikah terdahulu dan sijil Kelahiran Anak (jika ada).

§  Salinan kenyataan memeluk Islam jika pemohon baru.

§  Kelulusan daripada KAGAT/PDRM  jika pemohon adalah anggota tentera/ polis

§  Borang wakalah wali JIKA perempuan yang walinya mahu mewakili akad nikah.

§  Salinan Sijil Kematian jika WALI (bapa) meninggal dunia.

§  Surat kelulusan berkahwin daripada kedutaan dan Jabatan Imigresen bagi pemohon bukan warganegara.

 

Maklumat Lanjut Klik Dibawah

http://eqaryah.jaheaik.gov.my/

Short Description

Sistem e-Qaryah ini merupakan bank data penduduk Negeri Kelantan untuk pelbagai kegunaan. Sistem ini dibangunkan bertujuan memudahkan pihak agensi kerajaan mengenalpasti semua anak mukim yang bermastautin dan bermukim di dalam mukim di Negeri Kelantan sek

Statistik Kunjungan

357070
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
45
447
1257
355044
1257
5676
357070

Your IP: 13.58.34.132
2024-12-04 01:26

Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800
Hakcipta © Kerajaan Negeri Kelantan

Hubungi Kami

Kerajaan Negeri Kelantan

Kompleks Kota Darulnaim

15503 Kota Bharu, Kelantan.

Email: inforakyat@kelantan.gov.my

Fax: +60

Webiste: http://inforakyat.kelantan.my