Bantuan kepada orang miskin yang disalurkan melalui JKM untuk setiap DUN.
Merupakan bantuan yang akan disalurkan kepada keluarga miskin UNTUK MERINGANKAN KESULITAN KEWANGAN MEREKA buat sementara waktu atau sehingga mereka dapat berdikari.
Bantuan kepada projek ekonomi yang diusahakan secara berkumpulan oleh OKU atau orang miskin atau ibu tunggal.
Bantuan kepada anak yang melanjutkan pelajaran ke Universiti atau untuk menampung kos peperiksaan diberikan kepada anak klien.
Bantuan berbentuk pemulihan infrastruktur kepada mangsa yang terlibat dengan musibah bencana alam.
Bantuan berbentuk barangan kepada mangsa yang terlibat dengan musibah bencana alam.
Bantuan berbentuk peralatan kepada klien OKU JKM yang memerlukan.
Bantuan kewangan kepada kumpulan sasar jabatan yang mempunyai minat dan potensi untuk maju bagi menceburi bidang perusahaan atau perniagaan kecil.
Membantu klien JKM yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.
Bantuan kepada NGO bagi menggalakkan penyertaan dan penglibatan NGO dalam program dan khidmat kebajikan.
Membantu keluarga /penjaga kepada anak-anak atau membantu anak/kanak-kanak yang kehilangan keluarga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
Menggalakkan OKU terus bekerja serta mampu berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.
Membantu OKU yang tidak berupaya bekerja dan menggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga.
Meringankan beban keluaga/penjaga dan menggalakkan penjaga/keluarga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar dan sakit kronik.
Diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Diberikan kepada individu/ keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik atau yatim piatu yang tidak mempunyai saudara supaya dapat terus tinggal dalam masyarakat bersama keluarga pelihara dan menjalani kehidupan dengan sempurna.
Membantu untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja kepada klien jabatan atau anak-anak yang tercicir dari persekolahan.
Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana ekonomi keluarga.
Membantu kumpulan sasar JKM yang kurang bekemampuan untuk membeli anggota palsu atau alat sokongan yang telah disyorkan oleh pengamal perubatan (kerajaan/swasta) atau Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan.
Pemberian bantuan segera yang diberi serta merta secara sekaligus (One-off) kepada kumpulan sasar yang layak dan terdesak.
Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.
Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta
Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800
Hakcipta © Kerajaan Negeri Kelantan
Kerajaan Negeri Kelantan
Kompleks Kota Darulnaim
15503 Kota Bharu, Kelantan.
Email: inforakyat@kelantan.gov.my
Fax: +60
Webiste: http://inforakyat.kelantan.my