Info Rakyat Kelantan

Program Pilot Ternakan Ayam Kampung Kacuk Al-Falah Di Jajahan Pasir Puteh
Free

Program Pilot Ternakan Ayam Kampung Kacuk Al-Falah Di Jajahan Pasir Puteh

  • 00m 00s
Price: Free

PENGENALAN:

  1. Program Bantuan Khas- Program Pilot Ternakan Ayam Kampung Kacuk Al-Falah Di Jajahan Pasir Puteh.
  2. Kerajaan Negeri bersetuju dengan perlaksanaan program ini dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM100,000 yang melibatkan 20 penternak yang berjaya. Setiap penternak akan diberi bantuan sebanyak RM5,000/ sepusingan bagi pusingan pertama sahaja.
  3. Untuk pusingan kedua akan dibuat secara ‘Contract farming Bersama pihak KPKB. Peserta hanya menyediakan fasiliti reban serta memelihara sahaja. KPKB akan menyediakan keperluan ternakan dan KPKB akan membuat bayaran kos upah per ekor hasil perolehan peliharaan dan sewaaan reban pada kadar yang munasabah.

 

PROSEDUR:

  1. Pemohon membuat permohonan melalui Borang Khas Permohonan input pertanian / penternakan di Pejabat Tanah dan Jajahan.
  2. Pejabat DUN membuat pengesahan permohonan Penternak adalah penduduk dalam DUN YB.
    • Ketua Jajahan / Penolong Kanan Ketua Jajahan (Pembangunan) memperakukan Pengesahan Permohonan Petani.
    • PTJ mendapat Waran Peruntukan bagi program ini dari pihak Pejabat Pembangunan Negeri.
    • Membuat pembayaran kepada pihak KPKB mengikut prosedur kewangan yang telah ditetapkan.
    • Pejabat Exco membuat persetujuan pemberian kepada penternak sepertimana pengesyoran borang permohonan.
    • Pejabat Exco memaklumkan kepada pihak Pejabat Pembangunan Negeri dan
    • Kelulusan bayaran ke atas permohonan kepada KPKB.
    • PPN mengeluarkan waran peruntukan kepada Pejabat Tanah dan Jajahan mengikut Dun- dun yang terdapat di dalam jajahan.
    • PPN menghantar ternakan dan input sepertimana kelulusan mengikut piawaian pengesyoran dan buat pemantauan
    • KPKB membuat tuntutan bayaran kepada PTJ.
    • Selepas 45 hari pihak KPKB akan mengambil ayam di reban peserta dengan harga RM 6.50/kg.
    • FASA KEDUA Peserta yang berjaya akan ditawarkan kontrak farming dengan KPKB dan dibayar upah pelihara 20sen/ ekor dan sewa reban 30sen/ ekor.

 

SYARAT PERMOHONAN:

  1. Belia/beliawanis yang berumur tidak melebihi 40 tahun.
  2. Berpengalaman dalam ternakan ayam.
  3. Mempunyai reban ayam yang berkapasiti minimun 500 ekor ayam.

Short Description

Kerajaan Negeri bersetuju dengan perlaksanaan program ini dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM100,000 yang melibatkan 20 penternak yang berjaya.

Statistik Kunjungan

361596
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
177
64
589
359755
5783
5676
361596

Your IP: 18.216.161.178
2024-12-26 21:24

Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800
Hakcipta © Kerajaan Negeri Kelantan

Hubungi Kami

Kerajaan Negeri Kelantan

Kompleks Kota Darulnaim

15503 Kota Bharu, Kelantan.

Email: inforakyat@kelantan.gov.my

Fax: +60

Webiste: http://inforakyat.kelantan.my